Saturday, 18 June 2011

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN


                        
1. MIA di Malaysia bertanggungjawab mengawal profesion perakaunan.

2. MASB bertanggungjawab menghasilkan dan mengeluarkan piawaian kewangan dan perakaunan di Malaysia.

3. Simpan kira merupakan satu kemahiran mengenal pasti, mengelas dan merekod urus niaga secara bersistem. Catatan simpan kira dalam buku akaun berfungsi sebagai bukti dan rujukan bagi urus niaga telah berlaku.

4. Perakaunan merangkumi skop yang lebih luas, selain daripada mencatat urus niaga, perakaunan juga melibatkan proses menganalisis, mentafsir dan melaporkan maklumat kewangan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan.

5. Perakaunan kewangan ialah suatu proses perakaunan yang berkaitan dengan keputusan perniagaan, iaitu untung atau rugi dalam suatu tempoh perakaunan, kedudukan kewangan serta aliran masuk dan aliran keluar tunai yang terlibat dalam proses perniagaan.

6. Perakaunan pengurusan pula melibatkan proses perancangan, kawalan, membuat keputusan dan pengurusan syarikat secara keseluruhannya.

7. Pengauditan melibatkan aktiviti-aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen perniagaan bagi mengesahkan bahawa urus niaga yang direkodkan itu benar-benar berlaku.

8. Pencukaian meliputi nasihat percukaian, perancangan cukai dan penyediaan penyata cukai.

9. Milikan tunggal ialah milikan perniagaan oleh seorang peniaga sahaja dan liabiliti adalah tidak terhad.

10. Perkongsian ialah milikan perniagaan oleh 2 hingga 20 orang pekongsi dan ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 dan liabiliti adalah tidak terhad.

11. Syarikat Berhad ialah jenis perniagaan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan liabiliti adalah terhad.

12. Wang sebagai Ukuran – Semua urus niaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai wang.

13. Prinsip Catatan Bergu – Setiap urus niaga harus direkod di sebelah debit dan juga di sebelah kredit dengan jumlah dan tarikh yang sama di dalam sekurang-kurangnya dua akaun.

14. Entiti Berasingan – Sebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri yang terpisah daripada pemiliknya dari segi perakaunan.

15. Tempoh perakaunan – Pembahagian hayat perniagaan kepada suatu jangka masa yang tetap bagi tujuan laporan perakaunan.

16. Kos sejarah – Kos belian yang direkod kekal dalam buku perakaunan tanpa mengambil kira perubahan nilai dalam pasaran.

17. Usahan yang berterusan – Perniagaan diandaikan mempunyai hayat yang berterusan.

18. Asas Perakaunan Akruan – menyatakan bahawa untuk menentukan untung bersih bagi suatu perniagaan, jumlah belanja yang terlibat untuk memperolehi hasil bagi tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan bagi tempoh itu.

19. Ketekalan – Kaedah perakaunan yang sama digunakan secara berterusan untuk setiap tempoh perakaunan.

20. Materialiti – suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butir-butir tersebut memberi kesan terhadap penyata kewangan.

21. Konservatisme - Prinsip konservatisme menekankan bahawa hanya jangkaan kerugian sahaja yang akan diambil kira sebagai belanja dalam penyata pendapatan, manakala jangkaan keuntungan tidak diambil kira.

22. Pelaporan berasaskan nilai saksama - nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan semula pada nilai pasaran sekiranya nilai asal, iaitu nilai kos sejarah tersebut tidak lagi menunjukkan nilai yang saksama.

23. Ciri-ciri kualitatif penyata kewangan ialah kebolehfahaman, kebolehbandingan, kebolehpercayaan, relevan, dan ketepatan masa.

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete