Saturday, 18 June 2011

PENGAUDITAN

Hari ini Cikgu berminat untuk berbincang serba sedikit tentang pengauditan. Pengauditan melibatkan aktiviti-aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen perniagaan bagi mengesahkan bahawa urus niaga yang direkodkan itu benar-benar berlaku.Konsep pengauditan ini sebenarnya susah difahami jika pelajar tidak mempunyai pengalaman bekerja di bidang pengauditan.Cikgu bercadangkan jika ada pelajar SPM cikgu yang berminat menjadi seorang akauntan pada masa kelak, maka semasa cuti persekolahan, bolehlah  kerja di firma-firma audit yang terdapat di sekitar alor setar biar pun gaji yang ditawarkan adalah rendah.Banyak pengalaman yang akan kita perolehi di firma pengauditan nanti termasuk konsep pengauditan. Biasanya firma audit yang kecil di alor setar juga memberi perkhidmatan penyediaan penyata kewangan bagi pelanggan maka pengalaman accounting dan auditing dapat kita perolehi sekali.Pengalaman ini adalah penting untuk kita bila kita sambung ijazah perakaunan di universiti nanti. Bagi pelajar cikgu yang ingin memahami dengan lebih terperinci berkenaan dengan bidang pengauditan ini, sila anda klik di sini.

2 comments: