Monday, 20 June 2011
Tahniah "4 SAINS"
Tahniah, walaupun hujan lebat hari ini, kehadiran 4 sains memberangsangkan iaitu hanya 2 orang sahaja yang tidak dapat hadir ke sekolah. Cikgu berharap semangat pembelajaran ini dapat diteruskan..
Saturday, 18 June 2011
PENGAUDITAN
Hari ini Cikgu berminat untuk berbincang serba sedikit tentang pengauditan. Pengauditan melibatkan aktiviti-aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen perniagaan bagi mengesahkan bahawa urus niaga yang direkodkan itu benar-benar berlaku.Konsep pengauditan ini sebenarnya susah difahami jika pelajar tidak mempunyai pengalaman bekerja di bidang pengauditan.Cikgu bercadangkan jika ada pelajar SPM cikgu yang berminat menjadi seorang akauntan pada masa kelak, maka semasa cuti persekolahan, bolehlah kerja di firma-firma audit yang terdapat di sekitar alor setar biar pun gaji yang ditawarkan adalah rendah.Banyak pengalaman yang akan kita perolehi di firma pengauditan nanti termasuk konsep pengauditan. Biasanya firma audit yang kecil di alor setar juga memberi perkhidmatan penyediaan penyata kewangan bagi pelanggan maka pengalaman accounting dan auditing dapat kita perolehi sekali.Pengalaman ini adalah penting untuk kita bila kita sambung ijazah perakaunan di universiti nanti. Bagi pelajar cikgu yang ingin memahami dengan lebih terperinci berkenaan dengan bidang pengauditan ini, sila anda klik di sini.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
1. MIA di Malaysia bertanggungjawab mengawal profesion perakaunan.
2. MASB bertanggungjawab menghasilkan dan mengeluarkan piawaian kewangan dan perakaunan di Malaysia.
3. Simpan kira merupakan satu kemahiran mengenal pasti, mengelas dan merekod urus niaga secara bersistem. Catatan simpan kira dalam buku akaun berfungsi sebagai bukti dan rujukan bagi urus niaga telah berlaku.
4. Perakaunan merangkumi skop yang lebih luas, selain daripada mencatat urus niaga, perakaunan juga melibatkan proses menganalisis, mentafsir dan melaporkan maklumat kewangan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan.
5. Perakaunan kewangan ialah suatu proses perakaunan yang berkaitan dengan keputusan perniagaan, iaitu untung atau rugi dalam suatu tempoh perakaunan, kedudukan kewangan serta aliran masuk dan aliran keluar tunai yang terlibat dalam proses perniagaan.
5. Perakaunan kewangan ialah suatu proses perakaunan yang berkaitan dengan keputusan perniagaan, iaitu untung atau rugi dalam suatu tempoh perakaunan, kedudukan kewangan serta aliran masuk dan aliran keluar tunai yang terlibat dalam proses perniagaan.
6. Perakaunan pengurusan pula melibatkan proses perancangan, kawalan, membuat keputusan dan pengurusan syarikat secara keseluruhannya.
7. Pengauditan melibatkan aktiviti-aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen perniagaan bagi mengesahkan bahawa urus niaga yang direkodkan itu benar-benar berlaku.
8. Pencukaian meliputi nasihat percukaian, perancangan cukai dan penyediaan penyata cukai.
9. Milikan tunggal ialah milikan perniagaan oleh seorang peniaga sahaja dan liabiliti adalah tidak terhad.
10. Perkongsian ialah milikan perniagaan oleh 2 hingga 20 orang pekongsi dan ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 dan liabiliti adalah tidak terhad.
11. Syarikat Berhad ialah jenis perniagaan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan liabiliti adalah terhad.
12. Wang sebagai Ukuran – Semua urus niaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai wang.
13. Prinsip Catatan Bergu – Setiap urus niaga harus direkod di sebelah debit dan juga di sebelah kredit dengan jumlah dan tarikh yang sama di dalam sekurang-kurangnya dua akaun.
14. Entiti Berasingan – Sebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri yang terpisah daripada pemiliknya dari segi perakaunan.
15. Tempoh perakaunan – Pembahagian hayat perniagaan kepada suatu jangka masa yang tetap bagi tujuan laporan perakaunan.
16. Kos sejarah – Kos belian yang direkod kekal dalam buku perakaunan tanpa mengambil kira perubahan nilai dalam pasaran.
17. Usahan yang berterusan – Perniagaan diandaikan mempunyai hayat yang berterusan.
18. Asas Perakaunan Akruan – menyatakan bahawa untuk menentukan untung bersih bagi suatu perniagaan, jumlah belanja yang terlibat untuk memperolehi hasil bagi tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan bagi tempoh itu.
19. Ketekalan – Kaedah perakaunan yang sama digunakan secara berterusan untuk setiap tempoh perakaunan.
20. Materialiti – suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butir-butir tersebut memberi kesan terhadap penyata kewangan.
21. Konservatisme - Prinsip konservatisme menekankan bahawa hanya jangkaan kerugian sahaja yang akan diambil kira sebagai belanja dalam penyata pendapatan, manakala jangkaan keuntungan tidak diambil kira.
22. Pelaporan berasaskan nilai saksama - nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan semula pada nilai pasaran sekiranya nilai asal, iaitu nilai kos sejarah tersebut tidak lagi menunjukkan nilai yang saksama.
23. Ciri-ciri kualitatif penyata kewangan ialah kebolehfahaman, kebolehbandingan, kebolehpercayaan, relevan, dan ketepatan masa.
Monday, 13 June 2011
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PELAJAR AGAK LEMAH TETAPI BERPOTENSI)
4 SAINS
Pelajar-pelajar di atas ini hanya mendapat keputusan yang sederhana dalam peperiksaan pertengahan tahun dalam mata pelajaran prinsip perakaunan. Walau bagaimana pun , mereka ini mempunyai potensi untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang tetapi usaha yang gigih dan semangat yang tinggi perlu ada mulai sekarang.
4 AKAUN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PELAJAR CEMERLANG)
4 SAINS (PEREMPUAN)
4 AKAUN
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun sudah berakhir, Tahniah kepada pelajar-pelajar di atas yang telah mendapat keputusan yang cemerlang A dalam mata pelajaran prinsip perakaunan. Cikgu berharap pelajar-pelajar ini dapat mengekalkan prestasi ini sehingga peperiksaan SPM 2012.
Monday, 6 June 2011
PELAJAR HARAPAN
Nurul Nadirah, adik kepada Nurul Natrah adalah pelajar harapan cikgu yang akan mendapat A+ dalam peperiksaan SPM 2012. Ciri-ciri yang ada pada kakaknya telah diwarisi oleh adiknya berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan baru-baru ini yang mendapat A+ dalam mata pelajaran prinsip perakaunan. Harapan cikgu agar pelajar-pelajar yang lain juga dapat belajar dengan penuh disiplin seperti adik beradik tersebut.
PELAJAR CONTOH
Nurul Natrah, ya..Ini adalah pelajar yang patut dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 akaun dan 4 sains tahun ini. Pelajar ini sangat rajin membuat latihan prinsip perakaunan dan tidak pernah putus asa apabila menghadapi soalan-soalan yang susah dan akhirnya berjaya mendapat A dalam peperiksaan SPM tahun 2010...Tahniah juga kepada Izzaty dan Iylia.
PELAJAR CEMERLANG SMK TENGKU LAKSAMANA
Ini adalah antara pelajar cemerlang SMK Tengku Laksamana yang mendapat prinsip perakaunan A dalam peperiksaan SPM 2010. Tahniah kepada pelajar-pelajar ini terutamanya Nurul Natrah yang rajin membuat latihan prinsip perakaunan.
Monday, 7 March 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)